Karbohidrat punca gemuk?

Tubuh badan manusia menggunakan karbohidrat dan lemak sebagai “bahan api” untuk menjana tenaga. Disebabkan badan kita tidak cekap menyimpan karbohidrat berbanding lemak, maka karbohidrat dibakar terlebih dahulu.

Karbohidrat yang anda makan boleh berakhir dalam 3 bentuk. Bila karbohidrat masuk ke dalam badan, ia akan ditukarkan menjadi glukosa untuk dibakar menjadi sumber tenaga atau menjadi glycogen yang akan disimpan pada otot dan hati, Untuk karbohidrat yang telah dimakan berlebihan dan tidak digunakan badan (sebagai glukosa atau glycogen) akan ditukarkan menjadi lemak.

Karbohidrat yang ditukar menjadi glukosa (secara semulajadi oleh badan kita) akan bergerak dari perut melalui usus kecil menuju ke hati dan seterusnya masuk ke dalam darah. Apabila kandungan glukosa/gula mula meningkat, pankreas akan melepaskan insulin untuk menyeimbangkan kandungan gula tadi. Insulin juga memberi “signal” kepada sel-sel badan untuk menggunakan gula tadi sebagai sumber tenaga. Jika gula itu berlebihan (sudah memenuhi keperluan sel badan), ia akan bertukar menjadi glycogen. Glycogen disimpan di dalam hati dan otot-otot anda. Otot akan menggunakan stok glycogen untuk terus bertenaga. Glycogen di dalam hati dan otot ini juga akan dilepaskan perlahan-lahan apabila tubuh badan anda mengesan penurunan kandungan gula dalam darah seperti di antara waktu makan atau anda lambat makan (glycogen ibarat stok makanan yang disimpan dalam stor yang dikeluarkan apabila bekalan makanan habis). Bila anda makan lagi karbohidrat, kitaran ini akan berulang lagi dan ini adalah caranya bagaimana badan berusaha untuk terus bertenaga.

Bagaimana makan banyak karbohidrat boleh mengakibatkan kegemukan?

Apabila kita makan banyak karbohidrat bermakna lebih banyak stok glukosa/gula akan dihasilkan. Selepas sel-sel badan mengambil apa yang diperlukannya, bekalan glycogen sudah maksimum, organ hati dengan bijaknya akan menukarkan bekalan gula berlebihan itu menjadi lemak (molekul-molekul triglycerides). Lemak ini akan disimpan sebagai stok jangka masa panjang untuk digunakan oleh badan apabila stok karbohidrat berkurang atau habis. Bila anda makan makanan kaya karbohidrat, contohnya semangkuk nasi putih (mengandungi 90g karbohidrat) setiap kali waktu makan tengahari, ditambah dengan waktu makan malam, 7 hari seminggu, 365 hari setahun, nampaknya tubuh anda akan terus menyimpan lemak yang telah sedia ada dalam badan tadi dan stok jangka masa panjang anda ini mungkin tidak akan digunakan sampai bila-bila. Apatah lagi jumlahnya sentiasa ditambah kerana tabiat makan nasi 2-3kali sehari. Dengan penambahan stok lemak setiap hari, maka bertambahlah lapisan lemak di serata tubuh kita, berlakulah kegemukan dan ada yang obesiti.

Bagaimana makan banyak karbohidrat boleh mengakibatkan diabetes/kencing manis?

Karbohidrat yang telah bertukar menjadi lemak, akan mula menempel hampir di seluruh badan kita, termasuklah menyumbat saluran darah, jantung dan pankreas. Insulin dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk membantu glukosa diserap oleh sel-sel badan. Insulin juga menyeimbangkan kadar gula dalam badan kita supaya tidak terlalu tinggi dan mengakibatkan hyperglycemia atau terlalu rendah (hypoglycemia).

Apabila kandungan gula dalam darah naik setelah makan karbohidrat, insulin mula dilepaskan. Tetapi oleh kerana saluran pankreas untuk melepaskan insulin ke dalam badan tersumbat oleh lemak, gula tidak dapat distabilkan, kadar meningkat bertambah tinggi dan kadar penghasilan insulin juga bertambah tinggi tetapi kedua-duanya tidak dapat disatukan (dihalang oleh lemak yang telah menyumbat laluannya). Akhirnya badan tidak lagi terkesan dengan manfaat insulin tadi sebab telah menjadi imun dengan insulin (insulin resistance). Akhirnya mengakibatkan penyakit diabetes type 2.

Diabetes ada beberapa jenis seperti type 1 yang selalunya bermula sejak awal usia lagi kerana sistem imun badan memusnahkan sel-sel beta di dalam pankreas yang menghasilkan hormon insulin. Jadi type 1 tidak ada kaitan dengan masalah berat badan kerana ia berlaku akibat daripada sistem dalaman badan.

Diabetes type 2 berlaku selalunya akibat dari masalah berlebihan berat badan (walaupun memang tidak dinafikan ada yang tidak gemuk pun masih menghidap diabetes type 2). Bila insulin cuba dihasilkan untuk menyeimbangi gula yang tinggi, sel-sel beta yang bertugas akhirnya gagal dan rosak. Maka pankreas kehilangan “pekerja yang cekap” untuk menghasilkan insulin. Kandungan gula yang tinggi dalam darah mengakibatkan diabetes berlaku.

Kenapa Diet Atkins bagus untuk mencegah diabetes type 2 ini?

Diet Atkins adalah diet rendah karbohidrat. Diperingkat permulaan iaitu Induction (pengenalan), anda cuma boleh makan 20g karbohidrat sehari. Mudah sahaja, anda elakkan makan nasi, mee, roti, ubi kentang dan semua makanan dalam level 1 piramid makanan. Jangan makan/minum makanan/minuman bergula, gantikan rasa manis itu dengan pemanis stevia. Anda makanlah sayur-sayuran, ikan, daging, telur, keju atau mentega sebagai ganti. Kalau selama ini anda rasa dengan makan nasi anda bertenaga, jangan lupa makanan berlemak juga sumber tenaga untuk badan. Lagipun, di dalam badan anda sudah sedia ada stok lemak sebagai sumber tenaga jangka masa panjang.

Mengurangkan pengambilan karbohidrat boleh membantu mengawal selera makan.

Tulisan Dr. William Lagakos sebagai penulis jemputan dalam blog KetoDiet (baca artikel di sini):

Thus, reducing carbohydrate intake spontaneously decreased appetite and this was accompanied by accelerated weight loss. – Dr. William Lagakos, MD. (penulis buku The poor, misunderstood calorie)

Beliau membuat rumusan daripada beberapa kajian dengan mengatakan jika seorang individu mengurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat di dalam hidangan hariannya (lebihkan makan makanan mengandungi protin dan lemak), lama-kelamaan selera makan mereka akan semakin berkurangan

Diet Atkins bukan bermakna anda tidak boleh lagi makan makanan ruji atau kegemaran anda, tetapi kita belajar bagaimana untuk mengurangkan pengambilannya, bagaimana untuk membakar simpanan lemak dalam badan dan bagaimana untuk benar-benar berjaya menurunkan berat badan dengan berdiet (selalunya berdiet bersungguh-sungguh pun berat badan masih susah hendak turun).

Happy Atkins!

Info lanjut ebook : Makan sedap, kurus cepat : Diet Atkins

Karbohidrat punca gemuk?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s